Kami menjual Brooch asli dari korea,harga berpatutan dan reka bentuk yang menarik
Harga asal : RM65 Harga sempena AIDILFITRI : RM43 (termasuk kos penghantaran)
Keistimewaan Brooch kami : - percuma kerongsang kecil dengan setiap pembelian kerongsang. (sila rujuk gambar) - harga termasuk kos pengangkutan. -percuma uncang emas dengan setiap pembelian .
Semalam menapakkan diri di Eureka LearnIng Centre. First day kerja sebagai Part Time teacher di sana.Guide student dalam Math. Suasana di sini agak berbeza dari Kumon.Lebih mencabar,kerana majoriti pelajar berbangsa Cina dan mereka tidak tahu berbahasa Melayu.So diriku terpaksa menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Range age in 5 to 17 .Mereka agak manja dan liat untuk belajar selain nakal... Huhuhu..tercabar juga kesabaran ku di saat itu,apabila seorang pelajar tidak mengendahkanku di saat diri ini sedang mengajarnya...
"I hate you teacher ..." ujar Jessica . Aduh ..letih je mengajarnya..tiba-tiba dia kate camtu... Ikutkan hati nak bagi je cubitan percuma kat dia..mujurlah masih ada kewarasan di minda ini.
"I like you .." diriku menuturkan kalimah itu di samping tersenyum padanya.. Bertambah-tambah lah dia bengang terhadapku...
Dia bertambah geram padaku...dan mencampakkan segala benda di hadapannya...
Mujurlah seorang temanku berjaya menenangkannya dan aku terus mengalihkan perhatianku pada pelajar lain.Rupa-rupanya pelajar tu memang keras kepala dan degil..menurut kawanku..memang dia akan kerap membuat perangai sedemikian,apatah lagi guru baru sepertiku.Menurutnya lagi..pernah dia menerima yang lebih teruk lagi,di mana saat itu seorang pelajar india tiba-tiba bertanya kepada rakanku ketika dia asyik mengajar ... "Teacher,what your religion?" Rakanku menyatakan dia beragama Islam dan pelajar tersebut terus menyatakan dia benci pada orang Islam...
Itulah antara sebahagian perjalanan kehidupanku di saat ku berada di pusat tusyen ini... Realiti di luar ternyata menguji kesabaran dan keimanan kita.. Ingin ku bawa dakwah walau di mana jua ku berada...
p/s berdegar-degar mengatakan dakwah di sana sini,tapi satu praktikal pun tiada ... Sedangkan masyarakat masih dalam kegelapan...
Menjak-menjak ni diriku kerap terimbau zaman lama.Huhuhu..rindunya pada zaman kampus dulu...Teringat ketika di 2nd college...aktif berprojek bersama teman-teman... Rindu sangat-sangat pada mereka..
Paling tak dapat dilupakan ..Cek Zie dan Hafni..karenah mereka amat mencorakkan kehidupan diriku..Ingat lagi di saat itu...stay up sampai ke subuh untuk membuat persiapan projek di saat -saat genting dan study bersama-sama ketika musim peperiksaan menjelang... Lucu bila kam kerap bergaduh..weekend bila ada masa free,kami kerap berkunjung ke mana-mana 'fair' di kl,tak kirala book fair,education fair,islamic fair dan sebagainya...
Huhuhuhu..rindu sangat nak berkumpul bersama-sama kembali..Persahabatan yang terjalin sama-sama terasa..susah senang sama-sama dikongsi bersama...
Kini,masing-masing membaqwa haluan masing-masing..Betulla kata bidalan,ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah...
Pejam celik pejam celik sudah hampir 3 bulan saya bekerja di KUMON sebagai pembantu guru.
Terasa masa cepat berlalu..
Berada di sana.memberikan suasana yang amat berlainan buat diri saya..
Penguasaan Inggeris saya bertambah baik selain pengurusan dan penguasaaN Matematik.
Di sana kami amat menekankan sikap 'independent' dalam diri setiap pelajar.
Pelajar akan membuat latihan (classwork) secara bersendirian selain diberikan 'homework '.
Guru hanya akan memandu untuk memberikan jalan penyelesaian bagi masalah dalam matematik untuk beberapa soalan sahaja.
Setelah itu,pelajar akan menanda sendiri 'classwork ' mereka dan membuat 'correction' dengan bantuan guru.Setelah selesai,mereka akan merekod sendiri 'classwork' mereka.
Yang menariknya di sini,penggunaan bahasa Inggeris digunakan sepenuhnya,kami berinteraksi dengan pelajar menggunakan bahasa tersebut walaupun pelajar tersebut berbangsa melayu.
Selain daripada itu,keunikan proses penandaan (marking paper) di sana,memandangkan KUMON adalah pusat tusyen yang berasal dari jepun.
Semasa proses 'marking paper' kami akan menanda 'paper' tersebut bermula muka surat belakang.Sekiranya muka pelajar dapat memberikan jawapan yang betul di muka surat tersebut,kami akan membuat ' circle' di muka tersebut dan meletakkan 100 di muka hadapan muka surat tersebut.Sekiranya pelajar membuat kesalahan pada soalan tersebut,kami akan 'tick' pada soalan tersebut dan setelah pelajar membuat 'correction',kami akan menanda 'circle' di soalan tersebut.Dan jika kesemua soalan dibuat dengan betul,tanda 'star' akan diletakkan di muka hadapan 'paper' tersebut.
Akhir sekali 'record book' digunakan untuk merekod .
Konklusinya,pusat tusyen ini amat sesuai untuk pelajar yang ingin mahir dalam matematik dan ENGLISH.
Sekalung penghargaan buat semua di atas kesudian menjengah seketika blog saya ini.. Misi dan matlamat hanyalah sekadar ingin mencuba dan mempelajari sesuatu yang baru dengan menjadikan blog ini sebagai bahan ujian,selain daripada sebagai momentum utama kepada cetusan diri ...
Cetusan idea,komen mahupun komentar amat-amatlah dialu-alukan dalam penambah baikan blog ini. Terima kasih